Ada beberapa panduan beli handphone baru sesuai dengan bajet anda. Kalau boleh semak dulu kriteria bawah ni supaya telefon baru anda tu nanti sesuai dengan kegunaan dan fungsi yang diperlukan.
Pemilihan smartphone perlu bergantung kepada cara ia akan digunakan kerana terdapat pelbagai jenis smartphone di pasaran dengan harga berbeza-beza.
Handphone yang mahal tidak semestinya sesuai dengan keperluan. Pastikan anda baca ciri-ciri dan panduan beli smartphone supaya tidak membazir beli telefon yang bukan anda mahukan.

Pertimbangkan 6 Ciri-Ciri ini Sebelum Beli Smartphone Baru
1- Jenis Processor Peranti (OS)
Processor adalah ‘otak’ suatu smartphone. Jika anda seorang yang mementingkan kecepatan telefon untuk membuka pelbagai jenis aplikasi dalam suatu masa, anda perlukan jenis processor yang berkuasa serta dapat berfungsi dengan baik.
Ini supaya dapat memaksimumkan fungsi telefon tanpa sebarang gangguan dalam laksanakan segala jenis input (arahan) dari pengguna.
Sebagai contoh, smartphone jenama Huawei menggunakan processor HiSilicon Kirin, Samsung menggunakan Exynos serta iPhone (iOS), Qualcomm, MediaTek dan sebagainya.
Sebagai tips beli smartphone, jika iPhone menggunakan iOS yang sangat lancar untuk sistem operasinya. Untuk android pula mungkin anda boleh pertimbangkan sistem operasi (OS) dari Qualcomm Snapdragon ataupun MediaTek Dimensity.
2- Saiz Storan Smartphone
Kadangkala dalam menyelesaikan sesuatu kerja memerlukan kita memuat turun pelbagai jenis aplikasi dalam telefon. Ini sudah tentu memerlukan storan (storage) yang agak besar.
Lebih-lebih lagi jika anda termasuk dalam golongan kaki game. Satu-satu aplikasi permainan di telefon kadangkala memerlukan saiz storan yang sangat besar contohnya seperti PUBG dan Genshin Impact.
Namun begitu, terdapat juga smartphone yang menyokong fungsi tambahan menerusi microSD iaitu anda boleh menambah ruang storan yang lebih besar secara manual.
Pada saya, 64GB pun belum tentu cukup kalau kita jenis suka ambil gambar dan simpan dalam telefon. Belum lagi nak tambah permainan (mobile games) dan sebagainya kan. Kalau boleh pilih dari saiz storan 128GB dan ke atas.
3- Saiz & Jenis Paparan Skrin
Saiz layar skrin juga patut diambil jika anda gunakan telefon untuk melayari internet atau menonton drama. Saiz yang kira sesuai untuk mata kita rasa selesa ketika gunakan smartphone.
Antara Jenis Paparan Skrin Smartphone:
- LCD (liquid-crystal display)
- OLED (organic light-emitting diode)
- AMOLED (Active-Matrix Organic Light Emitting Diodes)
Contoh layar skrin smartphone yang sangat jelas dan terang adalah antara 90Hz ke 120Hz dengan skrin jenis AMOLED. Ia membolehkan anda boleh menonton drama serta filem dengan jangka masa yang lama tanpa menyakitkan mata.
Tetapi untuk anda yang selalu berada dekat luar contoh tengok telefon bawah cahaya matahari skrin LCD lebih sesuai digunakan. Ini kerana ianya skrin LCD lebih terang ketika di luar berbanding dengan jenis AMOLED/OLED
Untuk harga smartphone dengan skrin OLED dan AMOLED akan sedikit tinggi berbanding smartphone yang menggunakan skrin jenis lain.
4- Rekaan Smartphone
Pelbagai pilihan smartphone terbaru juga didatangkan dengan rekaan super slim, tidak mudah terlepas daripada tangan, ergonomik dan sangat selesa untuk dipegang
Keadaan ini dibantu oleh jenis bahan yang digunakan untuk membina frame telefon. Lebih kuat dan ringan serta lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana.
5- Jenis Kamera Smartphone
Fungsi kamera juga dipelbagaikan dan memberikan rakaman video dan gambar yang baik bukan hanya pada waktu siang tetapi juga pada situasi cahaya rendah (low-light).
Selain itu, jika smartphone itu mempunyai fungsi kamera ultra lebar, ia sepatutnya dapat berikan pendedahan juga kesan warna yang sangat baik terhadap gambar yang diambil.
Fungsi kamera juga seharusnya disokong oleh fungsi serta pembetulan geometric distortion dengan berkesan supaya gambar yang terhasil tidak kelihatan pelik.
6- Ketahanan Bateri
Rata-rata pengguna lebih memilih smartphone dengan bateri berkapasiti tinggi contoh 5,000mAh ke atas serta dengan sistem pengecasan pantas (fast-charging) yang hanya perlu masa dalam sejam sahaja untuk bateri dicas penuh.
Ini kerana jika pengguna menggunakan pelbagai fungsi dan membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa akan mengakibatkan bateri lebih banyak digunakan. Tidak dinafikan bateri yang bersaiz besar sangat mempengaruhi pemilihan smartphone pengguna.
Perbandingan Harga Antara Handphone
Jika anda ingin fungsi-fungsi di atas semuanya dalam keadaan optima, sudah pastinya perlu pertimbangkan harganya yang akan sedikit mahal. Lihat kepada jenis keperluan tugasan yang paling penting anda lakukan dengan smartphone tersebut dan lakukan pilihan dengan bijak
Mungkin ada fungsi-fungsi yang kurang anda perlukan. Sebagai contohnya; anda tidak perlukan storan besar kerana hanya gunakan telefon untuk berhubung dengan orang lain.
Kesimpulan Tips Panduan Beli Handphone Baru
Dengan beberapa tips dan panduan beli handphone baru seperti yang dibincangkan, akhirnya keputusan tetap di tangan anda.
Buat pilihan dengan bijak supaya dapat miliki smartphone baru yang boleh digunakan sesuai dengan fungsi yang anda mahukan.