Kenapa Penting Buat Disclaimer atau Penafian Blog?

Anda sudah membuat suatu blog yang memaparkan info-info terkini dan juga perkongsian juga tutorial yang boleh dicuba pakai oleh pembaca web/blog namun anda lupa untuk letakkan disclaimer atau penafian blog?

Kenapa penting kita letakkan penafian blog?

Kenapa penting Untuk Anda Buat Disclaimer atau Penafian Blog?

1- Melindungi Blogger

Ini adalah untuk memastikan blog anda tetap sah. Pernyataan penafian ataupun disclaimer diletakkan diblog untuk melindungi anda sebagai blogger dan memberi tahu pembaca apakah dasar blog anda sehingga maklumat yang dipaparkan boleh dipercayai.

2- Batas Tanggungjawab Sebagai Penulis/Blogger

Penafian blog adalah suatu pernyataan undang-undang yang membatasi tanggungjawab serta untuk memberitahu kepada pembaca bahawa anda tidak boleh bertanggungjawab atas maklumat yang disertakan di blog anda.

Ini termasuk mereka tidak boleh bergantung hanya pada maklumat di blog dan jika mereka melakukannya, anda tidak akan bertanggungjawab atas pergantungan tersebut.

3- Syarat Pengiklanan Adsense dan Penyedia Iklan Lain di Blog

Antara syarat untuk lulus permohonan Google Adsense, anda perlu lengkapkan blog dengan dasar privasi (Privacy Policy) dan juga penafian blog (Blog Disclaimer). Jika tiada, kemungkinan untuk permohonan ditolak adalah sangat tinggi.

Selain itu juga penafian blog diwujudkan untuk memberitahu bahawa maklumat yang anda sampaikan mungkin tidak relevan kepada sesetengah pembaca.

Penafian Blog Sebagai Perlindungan Salahguna Info

Untuk penulis blog, penafian ini juga untuk memberitahu kepada pembaca bahawa blog anda mungkin mengandungi pendapat anda sahaja dan tidak mencerminkan pendapat organisasi lain yang mungkin anda bekerjasama.

Sebagai contoh, sebagai penulis blog pendapat atau pengalaman yang kita titipkan dalam penulisan mungkin diambil sebagai suatu rujukan oleh pembaca dan mungkin ada juga yang telah dicuba pakai oleh mereka sehingga kemungkinan keputusan yang diterima tidak seperti yang kita tuliskan.

Contoh Situasi:

Contohnya, tempat yang kita suka lawati kita kongsikan dalam blog dan mendapat sambutan daripada pembaca, namun ada juga yang telah melalui pengalaman yang tidak menarik ketika berada ditempat itu dan menyalahkan blog kita.

Oleh yang demikian, penafian yang kita paparkan boleh digunakan untuk mengelakkan salah faam oleh pembaca.

Jadi, untuk para blogger seharusnya mempunyai suatu penafian yang sesuai dengan isi blog adalah lebih baik bagi menjaga keharmonian dah salah guna info dalam penulisan kita.

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan untuk para pembaca.