Anda boleh ikuti cara serta panduan isi permohonan SPA9 dibawah ini dengan teratur. Untuk pengetahuan anda, borang SPA9 adalah untuk anda yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor awam dan kerajaan.
Borang SPA9 merupakan gantian kepada Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Am yang lepas iaitu SPA8i.

Daftar Dengan SPA9 Dahulu
Untuk permulaan, anda perlu buat pendaftaran dahulu. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja sebelum layak memohon mana-mana jawatan pilihan yang ditawarkan.
Cara Daftar Pemohonan SPA9 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
- Pergi ke https://spa9.spa.gov.my/login
- Isikan semua maklumat pengguna. Pastikan semua medan bertanda diiisi.
- Sila isi bahagian soalan seselamatan.
- Sila ingat jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan jika terlupa kelak.
- Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
- Tandakan pada kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran.
- Klik Daftar.


Untuk pendaftaran akaun yang telah berjaya anda sudah boleh login ke SPA9. Cara-caranya seperti di bawah.
- Masukkan semula nombor kad pengenalan [ID] anda tadi
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan semasa pendaftaran di atas.
- Klik “Log Masuk”
- Jika pengguna kali pertama klik pada Pengguna Kali Pertama
Panduan Isi Permohonan SPA9 & Mohon Jawatan Dalam Sektor Awam
Sebelum membuat permohonan, anda boleh baca setiap deskripsi dan bidang tugas jawatan yang ditawarkan di : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas

Anda boleh memohon dengan pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan dengan kelulusan yang bersesuaian. Jika masih belum ada rezeki terima tawaran temudua mungkin anda boleh pertimbangkan untuk berkerja dahulu di sektor swasta atau secara sambilan.
Sebelum klik pada butang Hantar, pastikan anda semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
Sekiranya telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang Hantar.
Cara Kemaskini Borang Permohonan SPA9
Pergi ke laman rasmi SPA9 dan klik pada e-pertanyaan SPA. Isikan permasalahan yang dihadapi dan aduan di situ.
Apa Maksud Tarikh Kelulusan Senat?
Tarikh pada surat yang diberikan oleh bahagian akademik yang mengatakan bahawa kita sudah lulus dan tamat belajar.
Semoga bermanfaat.