Cara Nak Langgan Disney+ Hotstar. Wow! Mudahnya.

Terfikir juga cara nak langgan Disney Hotstar ni sebenarnya. Asyik lalu lalang je iklan dia. Nampak menarik sebab ada drama yang terbaru dan trending.

Tapi sebab dah ada Netflix takut tak tertengok nanti. Banyak sangat siaran berbayar nanti tambah komitmen bulanan.

Nak dijadikan cerita, banyak pula keluar movie dan cerita yang menarik hanya ditayangkan di Disney+ Hotstar.

Jadi berapa harga langganan bulanan yang perlu dibayar?

Harga Langganan Bulanan

Rupanya hanya RM54.90 untuk 3 bulan. Wah! bolehlah kan subscribe untuk tiga bulan dulu. Lepas tu tengok tahap penggunaan. Kalau lebih kerap dari Netflix boleh pertimbangkan untuk tolak salah satu.

Cara-Cara Nak Langgan Disney+ Hotstar

Untuk nak melanggan boleh ke website Disney+ Hotstar ataupun download aplikasi dekat smartphone.

Langkah 1: Buka laman web Disney+ Hotstar Malaysia

cara nak langgan disney + hotstar

Langkah 2: Masukkan nombor telefon dan klik [Continue].

Nak daftar kena guna nombor telefon bukan guna e-mel.

cara langgan disney hotstar

Langkah 3: Masukkan nombor kod verifikasi yang dihantar ke telefon dan teruskan bahagian pembayaran. 

Nombor verifikasi akan di hantar ke mesej biasa bukan di aplikasi WhatsApp.

cara langgan disney hotstar
cara nak subscribe disney+ hotstar

Lakukan pembayaran dengan lengkap dan akaun anda sudah tersedia.

Mudah sahaja bukan? Berbaloi juga sebab bayaran untuk tiga bulan sekali.

Apa Syarat Sebelum Dapat Langgan Disney+ Hotstar?

Antara tips sebelum melanggan ni anda perlu pastikan yang ciri-ciri Smart TV anda ada aplikasi Disney+ Hotstar yang tersedia.

Sebab tidak semua Smart TV lagi-lagi yang masih belum dapat update firmware terbaru boleh download aplikasi terbaru dari Disney.

Jadi anda kena tonton dengan cara log in di browser seperti Internet Explorer ataupun Chrome. Leceh betul nak kena log in dahulu setiap kali nak tonton cerita.

Berapa Harga Langganan Bulanan Disney+ Hotstar?

Hanya RM54.90 untuk 3 bulan