Cara Mudah Tukar Domain Blogspot ke Dot Com

Domain merupakan salah satu ciri (feature) yang membolehkan anda mempunyai nama blog sendiri. Antara domain yang popular kebiasaannya berakhir dengan .com , .net , .org ataupun .xyz . Tetapi selalunya kita lebih familiar dengan dot com (.com). Jadi bagaimana sebenarnya nak tukar domain Blogspot ke dot com?

Jika masih belum ada blog dan berminat untuk bermula dengan Blogspot? Anda boleh mula ikut tutorial buat blog percuma ini.

Banyak penyedia perkhidmatan jual beli domain di Malaysia seperti NetKL, GB Network dan yang popular seperti GoDaddy. 

Beli Domain Dengan Penyedia Domain

Urusan pembelian domain juga tidaklah sesusah yang disangka. Malah anda boleh beli dan sediakan blog dengan domain sendiri.

Untuk itu di sini kami akan sediakan cara-cara bagaimana anda boleh pasang domain sendiri nanti.

Cara Beli Domain Blog Mudah Cepat

Disebabkan domain sedia ada ini di beli di NetKL Network, maka saya akan terangkan mengikut tatacara pembeliannya dengan NetKL. 

Tetapi sebenarnya jika anda beli dengan penyedia yang lain prosesnya lebih kurang sama sahaja. Boleh ke NetKL Network untuk semak sama ada domain yang anda mahukan masih ada atau tidak dahulu. 

Klik pada website NetKL Network.

Antara Proses Terlibat Untuk Beli Domain ialah;

  1. Masukkan nama anda dalam kotak carian dan klik [SEARCH]
  2. Jika domain masih ada (available) anda boleh teruskan dengan lakukan bayaran
  3. Jangan lupa untuk klik sekali pada [ID Protection] untuk melindungi data peribadi anda daripada bocor.
  4. Masukkan jangka masa pembaharuan domain anda. Minima setahun sekali. Maknanya anda perlu membayar dan lakukan pembaharuan domain dalam masa setahun. Jika anda inginkan domain diperbaharui dalam masa lebih lama, anda boleh pilih dua atau lima tahun sekali.
  5. Jika sudah berpuas hati teruskan dengan pembayaran dengan jumlah penuh termasuk cukai (tax).

Setelah selesai anda akan ada dashboard pelanggan [Client Area] di website NetKL Network atau mana-mana pembekal yang anda lakukan pembelian domain tadi. 

Jadi seterusnya di mana anda nak guna domain tersebut? 

Langkah Tukar Domain Blogspot ke Dot Com Dengan Lebih Mudah

  1. Pergi ke Blogger.com dan masuk ke panel admin anda
  2. Klik [Settings] 
  3. Kemudian klik di [Custom Domain]
  4. Masukkan nama domain blog [www.domainbloganda.com] dan tekan butang [SAVE]
  5. Akan keluar notification seperti dalam gambar [Langkah 5]
  6. Salin dan simpan maklumat tersebut di tempat lain dahulu
  7. Masuk ke panel klien di NetKL dan klik pada bahagian domain.
  8. Masuk domain DNS Manager 
  9. Tambahkan semua 4 A-records yang akan point to Google IPs (rujuk gambar 6)
  10. Tambahkan rekod C-Name yang anda simpan pada langkah 5 dan tekan [SAVE]
  11. Pergi semula ke Blogspot admin panel dan klik pada [Settings] kemudian klik [Redirect] ke domain anda.
  12. Klik juga pada bahagian [https]
  13. Selesai dan boleh klik pada [View Blog] untuk lihat URL domain anda yang sudah berjaya diset.

Nota: 4 A-records yang akan point to Google IPs

Host name: 
Namablog.com 

A-Records: 
216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Gambar 1: Pergi ke Blogger.com dan klik pada Settings

Gambar 2: Masukkan nama Domain Baru

Gambar 3: Simpan Maklumat Blog/Alamat Blogspot Anda

Gambar 4: Klik Pada Domain yang sudah dibeli

Gambar 5: Domain DNS Manager

Gambar 6: Masukkan semua alamat Blogspot dan Google server

Gambar 7: Masuk ke Blogspot admin dan klik pada redirect domain anda

Blog dengan Domain Baru Akan Tersedia Dalam Masa 24 Jam

Setelah selesai anda boleh lihat semula blog yang sudah pun bertukar URL. Selalunya blog akan stabil dalam masa 24 jam. 

Jika selepas itu blog masih belum bertukar URL dengan nama domain baru boleh hubungi provider domain anda. Kebiasaannya jika kita minta staf provider yang buatkan setting ini akan kena bayar cas servis. 

Anda boleh cuba dahulu setting sendiri tukar nama Blogspot ke dot com mengikut langkah yang diterangkan di atas. 

Kalau ada soalan mari kita bincangkan sama-sama di bahagian komen.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.