Nak menentukan niche untuk blog adalah antara cabaran bagi blogger ataupun pemilik laman web. Namun, antara cara yang mudah ialah pilih berdasarkan kelebihan yang anda ada.
Kelebihan ini termasuklah kemahiran, perkara yang anda suka buat ataupun jenis industri yang sedang anda usahakan. Selain itu juga termasuk perkara yang anda suka lakukan dan tulis.
Apakah itu Niche Blog
Kebanyakan blogger yang baru masih tidak berapa faham apa itu niche blog. Ianya lebih kepada identiti blog anda.
Niche blog bermaksud suatu tema ataupun pilihan topik tertentu untuk blog. Topik tentang gaya hidup, resipi masakan ataupun perkongsian kemahiran ataupun skill tertentu boleh diulas di blog.
Macam blog saya nih saya pilih niche tentang cara bina atau buat blog. Jadi saya akan kongsikan segala topik dan juga sub topik mengenai aktiviti ber-blog ini.
Kenapa Tentukan Niche Sedangkan Boleh Tulis Topik Pelbagai?
Sebenarnya terpulang juga kepada pemilik blog untuk tentukan tema blog. Tetapi jika anda kecilkan skop blog anda kepada sesuatu topik pilihan maka kebarangkalian untuk enjin carian jumpa blog anda lebih adalah tinggi.
Kira-kiranya sebenarnya sangat mudah. Blog ada di halaman depan carian pengguna dan pembaca. Mereka klik link dan blog anda mendapat trafik. Semakin tinggi pengunjung (visitor) blog, semakin cepat blog anda dikenali.
Untuk anda yang nak mula buat blog saya sarankan anda baca topik cara nak buat blog percuma yang lebih mudah .
Kelebihan Kecilkan Skop Topik atau Niche Blog
1. Mudah untuk tentukan audiens atau pembaca blog.
Apabila menulis konten ianya selalunya berkenaan tentang sesuatu yang kita nak orang baca. Memang ada je yang buat blog untuk simpanan memori atau kenangan sendiri tetapi kebanyakannya mesti nak pembaca datang ke blog dan baca. Betul tak?
Konsisten menulis konten bantu tingkatkan trafik blog. Kecilkan skop niche blog bersesuaian dapat bantu anda fokus terbitkan hal berkisar dengan tema blog pilihan.
Banyak topik-topik yang berkenaan dapat dikembangkan seterusnya bantu kita terus fokus menulis.
3. Tingkatkan Clickthrough rate (CTR)
Jika anda serius untuk ber-blog dan jana pendapatan melalui blog, maka niche down itu lebih digalakkan. Iklan-iklan yang keluar dekat blog nanti akan lebih khusus dan berkaitan dengan pengunjung blog.

Antara Cara Mudah Tentukan Niche Untuk Blog
Niche atau topik blog ini adalah suatu yang sangat luas. Kita tidak semestinya tentukan niche untuk blog berdasarkan perkara-perkara yang sedang viral sahaja. Ini kerana pada masa hadapan topik tersebut tidak lagi dicari di dalam enjin carian.
Niche Relevan Seiring Masa (Evergreen)
Untuk kekal relevan dengan pembaca anda mungkin boleh mulakan dengan niche yang relevan sepanjang masa (evergreen).
Contohnya cara nak dekor rumah. Topik ini memang ramai yang cari dan baca. Hampir sepanjang masa ada sahaja yang cari berkenaan dekorasi ni.
Niche Yang Berkaitan Dengan Minat atau Hobi
Tentukan Minat. Ya, minat sangat penting dalam menentukan niche blog anda. Sebagai contoh, anda minat memasak sampaikan pelbagai resipi sudah dicuba dan menjadi.
Jadi anda boleh mulakan blog dengan niche resipi atau tips memasak contohnya.
Antara lain, anda minat bidang melibatkan komputer. Ini juga boleh dijadikan topik utama blog anda. Perkongsian anda akan mendapat pembaca dari kalangan mereka yang sedang mencari info mengenai hal berkaitan komputer.
Jadi antara perkara asas yang anda boleh guna untuk tentukan niche blog ialah seperti;
- Minat dan hobi,
- Kepakaran sedia ada,
- Bidang yang sedang diceburi
Antara Cadangan Niche Blog Boleh Anda Pilih ;
Ini adalah antara beberapa cadangan pilihan topik utama yang boleh difokuskan di blog;
- Anda seorang pelajar marketing – boleh tulis blog tentang perkara berkenaan pemasaran (online/offline)
- Ibu berkerjaya – Tulis mengenai tips keibubapaan, tips asuh anak walaupun masih bekerja, peranan wanita berkerjaya dalam rumah tangga.
- Ejen dropship sambal – tulis tentang kebaikan bahan-bahan dalam sambal, jenis-jenis sambal sedap, asal-usul sambal di Malaysia dan pelbagai lagi.
- Tutor – Anda suka mengajar dab belajar. Tuliskan tentang tips belajar yang efektif. Tips mendapat markah tinggi dalam subjek yang anda ajar.
- Kesihatan – Anda sukakan perkara yang melibatkan gaya hidup sihat. Anda boleh mulakan blog yang berkaitan tips kesihatan yang baik.
Antara Cadangan Lain Termasuklah;
- Teknologi telefon pintar dan gajet
- Keibubapaan (parenting tips)
- Resipi masakan dari rumah (homemade)
- Bidang hartanah
- Pengurusan kewangan
- Saham
- Kesihatan
Niche Blog Yang Terlalu Kecil (Too Narrow Niche)
Kalau terlalu kecil sangat skop niche blog mungkin tidak bagus juga. Bayangkan topik utama yang anda pilih tidak dapat dikembangkan dengan konsisten. Akhirnya anda kehabisan idea untuk menulis lantas blog juga tidak dapat dikemaskini dengan konten-konten yang baru.
Fokus Audiens Yang Spesifik
Walaupun begitu, skop niche yang terlalu kecil juga mungkin baik untuk fokus kepada audience yang lebih spesifik. Sebagai contoh, anda menulis tentang pilihan tudung untuk anak bawah enam (6) tahun. Topik anda hanya berkisar tentang anak-anak bertudung bawah umur tersebut.
Persoalannya, berapa ramai yang ada anak bertudung bawah 6 tahun? Adakah mereka ini cari topik ini di enjin carian? Adakah anda ingin promosikan produk tudung untuk anak-anak kecil ini ?
Ini merupakan antara topik yang perlu dikaji secara mendalam sekiranya anda ingin menulis mengenai topik yang sangat spesifik atau niche yang terlalu kecil.
Tips Untuk Blog Kekal Relevan
Menurut Astra , jika anda boleh menulis dan membuat konten untuk 52 kali (merujuk kepada satu konten setiap minggu selama setahun) maka topik atau niche anda tidak terlalu kecil untuk dikembangkan.
Pengunjung datang ke blog dengan harapan untuk mendapatkan jawapan dan info. Antara sebab pemilihan niche menjadi kritikal dalam proses bina blog supaya kita dapat berikan maklumat yang berkaitan kepada pembaca.
Seterusnya akan dapat menjawab kepada persoalan mereka.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu untuk anda tentukan niche blog.