Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Wow! Mudah Sahaja.

Dengan daftar I-Akaun KWSP kita boleh terus memuat turun penyata secara atas talian. Mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah perkara umum dan menjadi kemestian bagi setiap pekerja di Malaysia.

Tanggungjawab majikan pula untuk pastikan membuat bayaran KWSP untuk pekerja dibawah anda. Selain itu, jika bekerja sendiri anda juga digalakkan untuk mencarum KWSP untuk simpanan.

Jadi adalah lebih baik jika anda daftar I-Akaun KWSP untuk kemudahan masa depan. Selain itu dengan Akta KWSP 1991 pekerja perlu dan wajib mendaftar sebagai ahli serta mencarum ke dalam simpanan KWSP sendiri.

Apakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ?

Ia merupakan satu skim diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membolehkan kita ada simpanan untuk hari tua dan sudah tidak bekerja kelak.

Selain itu banyak kelebihannya apabila kita mendaftar sebagai pencarum. Antaranya ialah, sebahagian wang simpanan KWSP boleh dikeluarkan untuk;

  1. Membayar rawatan kesihatan di mana-mana institusi perubatan dalam negara
  2. Pembiayaan untuk pembelian rumah dan hartanah
  3. Kegunaan untuk mengerjakan ibadah haji
  4. Membayar pinjaman perumahan
  5. Menyelesaikan pinjaman pendidikan atau PTPTN

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Antara cara-cara untuk mendaftar sebagai ahli pencarum KWSP ialah dengan;

  1. Pendaftaran automatik oleh majikan
  2. Pendaftaran di Kaunter
  3. i-akaun KWSP majikan
  4. Self-Servis Terminal (SST) Kiosk

Selain itu, apabila pendaftaran telah berjaya anda boleh pilih jenis simpanan. Antaranya ialah pilihan simpanan konvensional ataupun pilihan simpanan shariah.

Untuk umat Islam anda disarankan untuk tukar ke jenis simpanan patuh shariah iaitu dilaburkan dengan mengikut prinsip-prinsip shariah.

Pendaftaran KWSP Bekerja Sendiri

Manakala jika anda sedang bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP anda juga boleh membuat pendaftaran melalui skim iSaraan.

Daftar i-Akaun KWSP Online dan Pengaktifan

Anda boleh akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli) dengan lebih mudah setelah mendaftar. Ini adalah satu ciri-ciri kemudahan yang ditambahbaik oleh pihak KWSP untuk para pencarum.

cara daftar i-akaun KWSP online

Cara-Cara Daftar i-Akaun KWSP

Anda boleh hadir ke pejabat/kiosk KWS yang berdekatan untuk dapatkan ID dan kata laluan sementara

Langkah 1: Masuk ke laman web www.kwsp.gov.my atau muat turun (download) aplikasi i-Akaun dan pergi kepada ikon ‘Log Masuk’.

Langkah 2: Masukkan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS (sah dalam masa 30 hari).

Langkah 3: Setelah berjaya log masuk anda perlu set semula ID Pengguna, Kata Laluan dan juga Frasa Rahsia yang baru.

Langkah 4: Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Antara kegunaan i-Akaun yang meluas sebelum ini ialah ketika kerajaan membenarkan pengeluaran iSinar.

Pengguna boleh melihat status transaksi hanya dengan melalui akaun i-Akaun KWSP dengan mudah.

Cawangan Pejabat dan Kiosk KWSP Setiap Negeri

Anda boleh semak lokasi kiosk atau kaunter pejabat KWSP berdekatan di senarai lokasi KWSP ini.

Baca lagi : Cara Nak Buat Email Gmail Baru dengan Mudah

Cara Daftar i-Akaun Online (View Mode)

View mode untuk i-Akaun KWSP online ini bermaksud ia terhad kepada semakan maklumat sahaja. Tiada sebarang transaksi melibatkan penggunaan Transaction Authorization Code (TAC).

Sistem view mode ini juga tidak membenarkan ahli untuk memuat turun penyata KSWP. Anda boleh daftar i-Akaun (View Mode) online di pendaftaran i-akaun KWSP ini.

Hanya maklumat sahaja dipaparkan di View Mode i-Akaun KWSP. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti;

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil Ahli
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Jadi untuk akses penuh ke i-Akaun KWSP anda perlu membuat pengesahan cap ibu cari dan kemaskini TAC di kiosk atau kaunter pejabat KWSP.

Kenapa Penting Daftar i-Akaun KWSP untuk Ahli?

Antara sebabnya ialah anda boleh menyemak status caruman dari gaji ke akaun KWSP setiap bulan sepanjang anda bekerja. Selain itu, sebagai pekerja anda juga boleh pastikan majikan tidak culas dalam memastikan caruman mereka dalam akaun anda adalah tetap.

Antara lain anda juga boleh mendapatkan atau download penyata akaun KSWP sebagai dokumen sokongan contohnya untuk permohonan pinjaman dari pihak bank untuk pembelian rumah.