Cara Daftar Email Gmail Baru Mudah

Cara daftar email Gmail baru tidak sukar kalau anda ikut cara dibawah dengan betul. Email diperlukan untuk akses pelbagai fungsi aplikasi yang ada dalam telefon ataupun aplikasi atas talian (online).

Lagi-lagi sejak PKP lepas ramai yang kena daftar akaun email Gmail sebab nak akses sistem pembelajaran atas talian. Dah ada yang masih ikuti sistem pembelajaran secara atas talian sehingga kini.

Selain itu, ada pelbagai aplikasi dari Google contohnya Google Form yang perlu diakses dengan adanya email gmail.

cara daftar email baru gmail

Cara Daftar Email Gmail Baru Dengan Mudah

Langkah 1: Buka laman web Gmail [https://gmail.google.com]

Langkah 2: Klik pada Create Account [For Myself]

Langkah 3: Masukkan semua butiran yang dikehendaki oleh Google dan klik Next

Langkah 4: Kemudian anda boleh memilih untuk masukkan nombor telefon anda supaya mudah jika terlupa kata laluan kelak.

Langkah 5: Tekan Next dan sekarang anda sudah boleh gunakan email baru yang telah didaftarkan tadi.

Pilihan : Anda juga boleh memilih untuk isikan maklumat Recovery Email (email lain) sebagai langkah berjaga-jaga jika terlupa kata laluan.

Kod untuk reset kata laluan akan diberikan di Recovery Email.

Baca lagi: Cara Buat Link Whatsapp Tak Perlu Save Nombor

Kesimpulan Cara Mudah Daftar Email Gmail

Cuba jangan hilangkan kata laluan yang anda guna kerana pihak Google sekarang lebih ketatkan sistem privasi mereka.

Jadi adakalanya anda perlu lalui pelbagai langkah untuk dapatkan semula kata laluan yang hilang.

Semoga cara daftar email Gmail baru diatas dapat bantu anda buat akaun yang baru dengan mudah.