Cara Daftar Affiliate TikTok Dapat Komisyen Dari Jualan

Untuk anda yang aktif berTikTok, anda boleh dapatkan komisyen atau jana pendapatan dari affiliate TikTok. Caranya ialah dengan daftar sebagai affiliate TikTok dan mula dapatkan pendapatan sampingan.

Cara Daftar Affiliate TikTok

Baru-baru ini TikTok telah lancarkan TikTok Shop iaitu suatu platform terbaru untuk pengguna membeli pelbagai barangan secara online. Maksud program affiliate ini ialah ia adalah suatu cara untuk perolehi duit lebih tanpa perlu ada produk sendiri.

Anda sebagai ejen affiliate perlu promosikan barangan ataupun produk peniaga lain di TikTok. Kemudian komisyen akan diperolehi jika ada yang beli melalui jika mereka klik produk tersebut dari akaun TikTok anda.

Syarat Untuk Sertai Program Affiliate TikTok

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai akaun TikTok dengan follower sebanyak 1000
  • Aktif

Cara Untuk Daftar Sebagai Affiliate TikTok Seperti di Bawah

Langkah 1: Login ke akaun TikTok anda

Langkah 2: Klik Profile dan pilih creator tools

Langkah 3: Pilih Creator Tools dan klik TikTok Shope

Langkah 4: Klik Apply dan klik Start Earning.

cara daftar affiliate tiktok
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah seterusnya

Setelah berjaya satu Tab baru akan muncul [lihat pada icon Shop]. Kemudian anda akan dikehendaki untuk isi butir-butir peribadi seperti nombor akaun bank dan sebagainya.

Ini untuk memudahkan pihak TikTok menyalurkan wang hasil pendapatan affiliate ke akaun anda.

Cara Promosi Produk Affiliate di TikTok

Setelah akaun affiliate anda berjaya dibuat, langkah seterusnya ialah promosikan produk.

Diatas tadi telah diterangkan cara daftar affiliate TikTok, maka di bawah ini pula cara untuk anda pilih produk yang sesuai untuk dipromosikan.

Langkah 1: Mula-mula klik pada TikTok Shop dan pilih produk yang ingin dipromosikan

Langkah 2: Semak pada jumlah komisyen dan juga syarat jualan oleh pemilih produk

Langkah 3: Anda juga boleh pilih untuk Request Free Sample

Langkah 4: Free sample ini bergantung kepada pemilik produk sama ada mereka bersetuju untuk berikan pada anda atau tidak.

Pilih produk dan lihat jumlah komisyen

Jika terpilih, anda perlu promosikan produk tersebut di dalam video TikTok anda dan masukkan link produk. Jika tidak berjaya dapatkan free sample, anda boleh promosikan link produk seperti biasa.

Masukkan produk tersebut pada link affiliate TikTok anda.