Adakah anda antara pengguna Google Form dan ingin membuatnya sendiri? Google Form adalah antara servis percuma yang disediakan oleh Google kepada penggunanya.
Buat pengguna Google Form ianya sangat memudahkan kerja-kerja pentadbiran dan sokongan. Antaranya mengambil kedatangan pelajar untuk guru, membina soalah kuiz dan juga mengisi maklumat pelanggan jika anda seorang peniaga online.
Selain itu, jika anda berkerja dalam kumpulan, anda juga boleh menambah collaborator (penyumbang idea/rakan kongsi/ahli kumpulan) untuk Google form.
Ini tentunya sangat memudahkan lagi-lagi jika anda tidak dapat berjumpa untuk berbincang bersama-sama. Ianya boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja

Mengapa Gunakan Google Form?
Google Form ialah sebuah tool (alat) yang disediakan dan boleh digunakan secara percuma untuk pengguna berdaftar Google.
Ianya memudahkan anda mengumpul maklumat daripada pengguna Google yang lain.
Google Form boleh anda dapati di dalam Google Drive yang dibekalkan oleh Google termasuklah Google Sheets dan juga Google Slides.
Cara-Cara Buat Google Form Dengan Mudah
- Anda boleh ke Google Drive ataupun terus layari laman web https://www.google.com/forms/about/
- Juga boleh terus taip Google Form di browser serta pilih link homepage yang paling atas.
- Seterusnya akan ada dua pilihan iaitu Google Form untuk peribadi (Personal) atau Bisnes (Business).
- Pilih Personal sahaja (percuma)


- Sila pilih template yang anda sukai. Ataupun anda pilih sahaja pada Blank form
- Kemudian mulakan dengan bina Google form anda sendiri seperti dalam gambar dibawah
Kalau kita nak tambah penyumbang idea ataupun rakan kita sebagai Collaborator untuk Google Form juga dibolehkan.
Cara Tambah Collaborator Pada Google Form Kita
- Klik pada tiga titik kemudian Add Collaborators
- Masukkan email (orang yang nak diberi akses) di ruangan Invite People dan kemudian Klik OK.
- Rakan akan akan menerima email link Google form dan boleh mula menyuntingnya (edit).


Jadi anda dan rakan akan mula sama-sama akan terima dan nampak data Response (data yang disi) iaitu orang yang mengisi Google form tersebut.
Baca lagi : Cara Buat Email Gmail Baru
Selamat mencuba semua.