Cara Buat Daftar Isi Artikel Blog

Kalau kita baca buku atau artikel kita suka tengok daftar isinya dulu kan? Daftar isi merujuk kepada senarai tajuk dan subtajuk artikel yang diposkan di blog atau buku. Tetapi bagaimana cara buat daftar isi artikel dengan mudah dan cepat?

Kalau dalam buku biasanya di bahagian depan sekali untuk memudahkan pembaca pergi ke bahagian tertentu artikel.

Untuk pengguna WordPress, daftar isi boleh dibuat dengan menggunakan plugin tertentu. Untuk pengguna platform blog seperti Blogspot anda perlu guna kod secara manual di bahagian HTML artikel. Tetapi kali ini kami terangkan dahulu tentang penggunaan daftar isi artikel untuk WordPress.

Dalam blog ini daftar isi (table of content) dibuat menggunakan plugin LuckyWP. Tetapi anda juga boleh pilih plugin yang lain untuk digunakan. Terpulang kepada pilihan masing-masing.

Contoh Daftar Isi Artikel (Table of Contents)

Antara sebab kami guna Plugin LuckyWP ialah;

  • Ianya automatik tanpa perlu setting kod html dan sebagainya,
  • Mudah digunakan untuk blogger pemula seperti kami juga,
  • Mesra SEO.

Antara Kebaikan Guna Daftar Isi (Table of content) Untuk Artikel/Blog Post ialah untuk memudahkan pembaca untuk lihat sub-sub topik serta isi kandungan artikel.

Selain itu dapat meningkatkan daya tarik pembaca untuk baca keseluruhan artikel blog anda.

Cara Guna Plugin Daftar Isi Artikel (Table of Content)

  • Install plugin LuckyWP di bahagian [Add Plugins]
  • Activate plugin LuckyWP
cara buat daftar isi (table of contents) artikel
  • Pergi ke bahagian posts dan klik pada [Add Block]
cara buat daftar isi (table of contents) artikel
  • Kemudian tambahkan [Table of Contents] dalam artikel blog anda.
cara buat daftar isi (table of contents) artikel
Klik pada Table of Contents
  • Anda akan lihat kod automatik dimasukkan ke dalam artikel seperti di bawah. Tekan preview artikel dan semak jika daftar isi artikel dipamerkan.
cara buat daftar isi (table of contents) artikel
  • Tekan [Save] atau [Publish] artikel anda. Selesai.

Mudahkan Pembaca ke Link Sub Topik Artikel

Semoga artikel ini dapat bantu anda buat daftar isi artikel dengan lebih mudah dan pantas. Selain menjimatkan masa ianya dapat membuatkan artikel anda kelihatan lebih tersusun dan mudahkan pengunjung blog.

Pembaca juga boleh terus klik pada link tajuk dan subtajuk untuk membaca perenggan atau info yang diinginkan.

Ada perkara yang ingin anda ketahui mengenai bina blog?

Jom komen di bawah. Kami cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.