Cara Buat Blog Dengan WordPress Percuma

Nak mula berblog tetapi tidak tahu cara buat blog dengan WordPress? Jom saya terangkan beberapa langkah mudah untuk anda ikuti satu per satu. WordPress ni ada dua jenis iaitu yang percuma dan juga berbayar. Anda boleh pilih antara salah satunya.

Cara Buat Blog Dengan WordPress Terkini

Jika nak buat yang percuma anda kena ambil maklum nama blog akan berakhir seperti;

  • www.namablog.wordpress.com [akan ada perkataan WordPress itu sebelum dot com]

Manakala yang berbayar pula akan berakhir seperti ini;

  • www.namablog.com [Macam best je kan kalau ada hanya dot com sahaja di belakang domain blog]

Langkah 1: Buat Blog Guna WordPress percuma

Masuk ke laman WordPress.com dan klik pada [Start your website]

Cara Buat Blog Dengan WordPress Lebih Mudah

Langkah 2: Daftar Email dan Username

Daftar alamat email, username dan juga password yang akan anda guna nanti untuk log in ke paparan dashboard.

Buat blog guna WordPress percuma

Langkah 3: Masukkan Nama Domain

Masukkan nama domain yang anda mahukan. Lihat jika masih ada (available). Kalau tak kena tukar lain sebab mungkin dah ada blogger yang guna nama tersebut.

Kemudian klik pada bahagian yang PERCUMA [FREE]

Buat blog guna WordPress percuma

Langkah 4: Pilih Plan Hosting Percuma

WordPress akan upsell dekat sini supaya kita pilih yang berbayar. Tetapkan matlamat anda untuk buat blog yang percuma. Klik pada [Start with Free].

Buat blog guna WordPress percuma

Langkah 5: Pilih Mula Menulis Atau Setup Blog

Okey, dah selesai blog anda didaftarkan secara percuma di WordPress. Seterusnya anda boleh mula untuk sama ada menulis [Start writing], setting tema dan layout [Start building] ataupun mula menjual [Start selling].

Kalau ikut saya boleh mula menulis dulu. Sebab kalau setting theme nanti tak nampak layout blog kalau tak ada konten atau artikel.

Nampak kosong sahaja nanti.

Langkah 6: Mula Menulis di Blog WordPress

Anda klik pada [Start writing] pada paparan tadi akan keluar paparan ini. Isikan nama blog anda dan juga tagline.

Tagline ni adalah ayat yang menggambarkan niche keseluruhan blog.

Mungkin anda soalan begini;

Habis tu domain tadi tu apa? bukan nama blog ke?

Domain tadi adalah alamat blog anda. URL yang akan anda guna selama berblog di WordPress. Contoh:

www.namadomainblog.wordpress.com/artikel-anda-di-sini

Domain boleh tukar ke? Jawapannya boleh cuma SEO blog akan sedikit terganggu jika tidak diuruskan dengan betul.

Contoh nama blog : Mari Belajar Tentang Blog.

Tagline: Blog perkongsian nota mengenai bina blog.

Baca lagi penerangan mengenai niche blog : Cara Mudah Tentukan Niche Blog

Langkah 7: Dashboard WordPress

Anda akan mula masuk ke dashboard WordPress. Ada banyak fungsi yang mana kalau baru bermula berblog akan sedikit keliru.

Ketahui Setting Blog WordPress Untuk Pemula :

  • Preview your blog – Anda boleh tengok layout blog. Ini yang akan pelawat atau pembaca blog nampak semasa ke blog anda.
  • Browse Theme – Kalau nak tukar layout, boleh klik sini. Ada banyak theme percuma yang boleh digunakan. Ikut selera anda.
  • Publish your first post – Okey, boleh la bermula dengan menulis. Nak tulis tentang apa? Anda tentukan. Ianya blog anda.
  • Enable post sharing – Anda boleh set untuk pembaca share artikel atau konten anda ke media sosial.
  • Launch your blog – Untuk mula-mula blog yang anda daftar ini dalam mode ‘Private’. Klik Launch untuk tukar ke setting ‘Public’. Jadi pembaca boleh melihat blog anda jika mereka klik pada URL blog.

Cara Tukar Blog Themes Untuk WordPress

Ini adalah layout atau pun theme blog sedia ada untuk WordPress versi percuma. Tetapi jangan risau sebab anda boleh tukar jadikan blog anda lebih cantik dan menarik.

cara tukar theme blog wordpress

Klik pada [Change Theme] dan anda boleh tukar theme blog anda dengan pelbagai pilihan blog theme yang percuma dan juga berbayar.

Contoh blog theme percuma

Tetapi macam saya katakan tadi, lebih baik mulakan dengan menulis konten dahulu sekurang-kurangnya satu.

Ini nanti akan memudahkan anda untuk melihat sama ada theme blog dan layout yang dipilih sesuai ataupun tidak.

Cara Mudah Buat Blog Dengan WordPress

Saya akan terangkan tentang jenis plugin yang sesuai untuk anda gunakan di laman blog anda nanti.

Jadi macam mana? anda dah berjaya buat blog dengan WordPress secara percuma?

Jom kongsikan di komen.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.