Apa Itu SEO [Pengenalan Untuk Blogger Pemula]

Sudah menjadi kebiasaan untuk blogger atau content creator kenal dengan asas SEO. Tetapi apa itu SEO? Lagi-lagi untuk blogger atau pemilik website pemula.

Untuk anda yang sedang mencari info mengenai asas SEO blog jom baca lagi penerangan di bawah.

Konsep Asas SEO Untuk Pemula

SEO ialah singkatan dari [Search Engine Optimization]. Suatu tool atau cara yang digunakan untuk website anda berada di tempat pertama atau paling atas di ejen pencari (Search Engine seperti Google, Bing Yahoo dan lain-lain).

Optimasi blog atau website ini adalah supaya lebih ramai yang jumpa website anda di Google sebagai contoh. Jika semakin ramai yang jumpa blog maka trafik blog (pageviews) akan meningkat.

Ini penting lebih-lebih lagi jikalau anda adalah usahawan dan peniaga online yang bergantung kepada trafik pengguna ke site anda. Jadi anda perlu tahu apa itu SEO untuk blog/website.

Apakah itu Jenis-Jenis SEO?

Terdapat dua jenis SEO yang biasa dibincangkan oleh kumpulan pemasaran internet (internet marketer) iaitu on-page dan juga off-page SEO.

On-page ialah cara untuk optimasi web/blog untuk lebih mudah dijumpai oleh Google.

Manakala off-page SEO pula berkait dengan cara mengoptimumkan SEO dari luar blog/web anda.

1- On-Page SEO

On-page SEO memerlukan konten yang berkualiti dan juga tambahan beberapa aspek teknikal blog untuk kekal optimum.

Antara ciri-ciri on-page SEO ialah;

  • Kata kunci dan konten blog yang berkaitan serta berkualiti
  • Konten mesra SEO
  • Pengalaman pengguna (Web User Experience)
  • Optimumkan Internal Link (masukkan link artikel blog yang berkaitan antara satu sama lain)
  • Loading speed blog (kelajuan blog/website)

Antara optimasi SEO yang sangat diperlukan masa kini ialah blog atau website anda perlu gunakan tema (theme) yang responsive.

Dengan keadaan lebih ramai pengguna yang melayari internet di smartphone,maka blog anda perlu menggunakan tema yang boleh diubahsuai dengan peranti yang digunakan pengunjung blog.

Pernah tak buka blog di smartphone tetapi bersaiz besar dan sebahagian artikelnya terpotong serta tidak boleh dibaca? Ini adalah salah contoh jenis temanya tidak responsive dengan jenis peranti pengunjung blog.

Maka, kalau boleh elakkan untuk guna tema seperti ini.

2- Off-Page SEO

Antara ciri-ciri off-page SEO pula ialah;

Dirujuk dari Neil Patel, off-page SEO adalah suatu aktiviti menaikkan SEO dari luar blog. Antaranya termasuklah dengan;

  • Melakukan dan tingkatkan link-building blog
  • Backlink (Link dari luar blog yang menghala ke blog kita)
  • Tingkatkan domain authority (DA)
  • Tingkatkan kualiti link (supaya kerdibiliti blog meningkat)

Kebaikan Optimasi SEO Blog atau Website

  1. Jika anda berjaya optimumkan SEO di web atau blog, maka kos yang dikeluarkan untuk menarik trafik blog adalah percuma.
  2. Anda boleh kurangkan atau tidak gunakan langsung iklan untuk menarik pengunjung ke blog.
  3. Trafik blog diterima secara organik (neutral) dari enjin carian dan blog dapat bertahan lama di tingkat teratas enjin carian [Google]

Cuma untuk blog atau website mencapai tahap SEO optimized ini perlu waktu yang bergantung kepada cara ianya dibina.

Apa Maksud ‘Ranking Blog’?

Ranking blog bermaksud untuk masukkan blog anda dalam senarai blog/website yang dipaparkan pada enjin carian.

Blog boleh berada dimana-mana halaman tetapi adalah lebih baik jika ianya berada dihalaman yang pertama.

Kenapa?

Kerana kebanyakan pengguna jarang nak klik pada halaman yang seterusnya apabila buat carian di Google. Paling banyak pun mungkin hingga ke halaman ke tiga.

Tujuan Optimumkan SEO Pada Website/Blog

Antara tujuan kita nak optimumkan SEO pada blog adalah supaya;

  • Mudahkan blog dijumpai audiens
  • Meletakkan blog atau website anda di halaman pertama Google
  • Meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) pada blog/website
  • Pelawat yang datang adalah berkualiti (kumpulan sasaran yang tepat)

Blog/Website Ada di Halaman Pertama Enjin Carian

Untuk tetap berada di tingkat pertama halaman enjin carian memerlukan anda untuk terus konsisten terbitkan konten mesra SEO dengan baik. Selain itu juga perlu optimumkan SEO blog secara berterusan.

Sekarang anda sudah ada sedikit idea tentang apa itu SEO blog. Tetapi untuk blog atau website yang masih baru anda perlu menunggu sehingga enam (6) hingga ke 12 bulan untuk melihat kesan dari SEO yang tambah baik pada blog.

Jadi jangan mudah menyerah untuk selalu terbitkan konten dan artikel yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.