Nak Tahu Kos Bina Blog? Ini Antara Senarai Kos Buat Blog Sendiri.

Antara kos bina blog terutamanya WordPress termasuklah kos hosting, kos bayar domain dan juga beberapa kos maintenance lain. Saya pernah tulis mengenai cara buat blog percuma dengan WordPress sebelum ni.

Tetapi jika anda nak berblog dengan lebih profesional dan jana pendapatan melalui blog, maka anda patut pertimbangkan untuk gunakan WordPress.

Antara Kelebihan WordPress

Menurut WPBeginner, terdapat lebih dari 43% pemilik web dan blog di seluruh dunia ketika ini menggunakan WordPress. Angka ini juga dijangka meningkat dengan lebih banyak saban tahun.

5 kelebihan menggunakan WordPress:

  1. Senang digunakan dan mesra pengguna. Kalau anda tidak faham mengenai pengaturcaraan (web coding) juga boleh gunakan WordPress dengan mudah.
  2. WordPress.org dikhaskan untuk web developer dan juga pengguna biasa macam saya. Jadi untuk yang nak belajar membina blog boleh gunakan wordpress. Ianya menggunakan alamat web atau blog dan hosting sendiri (self-hosting).
  3. Pelbagai plugin di WordPress. Antara kelebihan wordpress ialah boleh gunakan pugin yang bersesuaian untuk bantu kembangkan blog anda.
  4. Mudah atur (Flexible). Dalam erti kata lain nak buat rupa blog atau website perniagaan yang anda suka semuanya boleh diatur dengan wordpress.
  5. Selalu di update (tambah baik).

Berikut Antara 5 Langkah dan Kos Bina Blog

1- Daftar Nama Domain

Nama domain adalah alamat blog di dunia maya. Sebagai contoh nama domain blog ini ialah minatblog.com. Minatblog adalah nama domain blog.

Kos daftar domain adalah sekitar RM65-RM80 setahun (kebiasaannya pendaftar domain akan beri diskaun untuk tahun pertama sehingga 70%). Jadi mungkin kos untuk tahun pertama hanya sekitar RM17 [Tahun pertama].

Untuk tahun seterusnya kena lah bayar minima RM65 setahun (selagi tak ada sebarang kenaikan dari pendaftar domain).

Domain perlu di bayar setiap tahun. Namun kebanyakan pendaftar domain kini menawarkan pembaharuan setiap dua sehingga lima tahun sekali.

Macam saya kebiasaannya renew dalam masa dua (2) tahun sekali.

Nama domain blog anda boleh buat ikut niche blog atau web. Ataupun kalau blog sendiri boleh guna nama sendiri sebagai nama blog. Lagi mudah untuk diingati.

2- Beli Sekali Domain Data Privacy Protection

Setakat ini yang paling kurang pemilik domain ambil perhatian. Kalau check nama domain dekat WHOIS boleh katakan semua data mengenai pemilik domain akan keluar.

Data domain ini termasuklah nama pemilik, alamat rumah atau perniagaan dan juga nombor telefon. Em, patutlah banyak dapat spam call. Data privasi dah terdedah rupanya.

domain Tanpa WHOIS Protection
Contoh domain Tanpa WHOIS Protection

Jadi untuk itu, dinasihatkan untuk beli sekali Data Privacy Protection untuk tambahan keselamatan data peribadi. Harganya dalam RM15~RM20 ikut harga servis pendaftar domain.

3- Daftar Hosting Untuk Blog atau Website

Untuk software WordPress pula boleh dimuat turun secara percuma. Namun untuk run atau jalan kan website dan blog anda perlu beli hosting.

Apa Itu Web Hosting?

Hosting ialah tempat segala data blog anda disimpan. Kalau domain tadi adalah alamat blog (analoginya seperti alamat rumah anda). Maka hosting adalah tapak rumah.

Kos untuk beli hosting adalah sekitar RM180 ~ RM250 untuk blog/website pemula. Ada juga pakej paling rendah iaitu RM60 cuma ruang simpan data agak kecil.

Kalau dah banyak data dan pengunjung anda boleh upgrade pakej hosting tersebut kemudian. Untuk permulaan boleh gunakan yang minimum sahaja.

Terdapat beberapa penyedia hosting seperti Hostinger dan juga NetKL.

3- Install WordPress

Selepas dah beli hosting, pihak penyedia akan hantar email untuk anda akses dan log in ke bahagian akaun hosting yang dibeli. Dari situ akan diberi link untuk anda pilih nak buat apa dengan hosting ni?

Contoh kalau anda dah beli domain awal tadi kan? Anda nak buat blog guna wordpress jadi anda boleh pilih untuk install WordPress CMS dan link kan dengan domain yang anda beli tadi.

4- Daftar Email Khas Untuk Blog/Website

Emel khas ni anda boleh buat di dashboard plan hosting yang anda beli. Contoh untuk blog ini kami gunakan [email protected].

Email ini akan memudahkan pelawat ataupun pelanggan bisnes untuk hubungi anda.

Jadi kalau nak tanya apa-apa mengenai blog WordPress dan Blogspot boleh lah emel kami.

4- Pilih Reka bentuk Blog (Blog Themes)

Untuk permulaan guna sahaja blog theme yang percuma. Kalau nak yang agak advance boleh beli mana-mana theme yang anda suka. Ikut keperluan.

Kadangkala theme yang dibeli belum tentu dapat bantu memaksimumkan pengalaman pembaca blog anda.

kos bina blog sendiri
Blog Themes

5- Mula Tambah Konten dan Artikel Berkenaan

Okay, blog atau website pun dah ada. Boleh la mula tambah konten atau artikel yang berkenaan. Kalau anda pemilik bisnes yang memang nak fokus jual barang, anda boleh upah penulis (ghostwriter/content writer) menulis bagi pihak anda.

Jadi kos di sini melibatkan bayaran yang perlu dikeluarkan untuk upah menulis para penulis. Harga tertakluk kepada kadar bayaran yang ditetapkan oleh penulis.

Dah Sedia Bina Blog Sendiri?

Itulah antara kos-kos yang perlu dipertimbangkan oleh anda jika ingin mula berblog dengan menggunakan WordPress.org (hosting dan domain sendiri).

Jadi kesimpulan kos bina blog secara tahunan adalah:

  • Domain: RM19 (tahun pertama) RM65 (tahun berikutnya)
  • Perlindungan Data Peribadi : RM15
  • Hosting: RM200
  • Jumlah : Tahun pertama RM234, Tahun seterusnya RM280

Ini adalah anggaran purata tetapi lebih kurang begitulah jika anda gunakan WordPress sebagai platform untuk berblog. Jika nak guna platform percuma seperti Blogspot, anda cuma bayar untuk domain sahaja (untuk dot com).

Jika ada mana-mana info yang tertinggal mohon jasa baik anda kongsi di bahagian komen.

Ada yang dah mula berblog ke?

Jom share pengalaman anda berblog tak kisah guna platform apa di ruang komen.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.