Ada yang dah mula nak ber-blog pada tahun ini? Antara cara buat blog sendiri secara percuma ialah dengan menggunakan platform blogger Blogspot [Google], Weebly ataupun WordPress.com.
Sebenarnya selain daripada media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun TikTok, blog adalah antara cara terbaik untuk menaikkan branding anda sebagai usahawan ataupun peniaga online.
Namun ianya juga tidak terhad kepada menjual sahaja, blog juga boleh dijadikan tempat untuk berkongsi info dengan pembaca di enjin carian.
Cara Daftar Blog Sendiri Guna Blogspot
Yang pertama dan antara yang ramai guna adalah Blogspot. Kalau kita pernah cari maklumat dan jumpa nama blog seperti [ iniblogsaya.blogspot.com ], maka pemiliknya menggunakan platform Blogspot secara percuma.
Pendapat saya Dashboard Blogspot sangat mesra pengguna baru. Ianya mudah untuk dikendalikan dan lebih straight to the point.
Tak susah nak bina blog pertama anda. Hanya dengan beberapa langkah iaitu;
1- Ada alamat email [gmail.com]
Daftar email untuk anda gunakan sebagai permulaan ber-blog. Untuk platform Google Blogspot anda perlu gunakan email berdaftar EmailAnda[at]gmail.com.
2- Pergi ke halaman Google Blogspot
- Masuk ke halaman Blogspot dan klik pada [Create your blog]
- Masukkan alamat email dan juga password anda.
- Anda sudah ke dashboard Blogspot
- Klik pada [Create Blog]
- Masukkan nama blog dan tekan seterusnya
- Masukkan alamat blog anda [Namablog.blogspot.com] *pastikan nama yang anda pilih masih lagi tidak digunakan oleh orang lain*
- Tekan [SAVE] dan lihat pada panel dashboard atas kiri.
- Blog percuma anda sudah berjaya didaftarkan.





Kemudian anda dah boleh mula menulis dan terbitkan konten di blog yang telah pun didaftarkan. Anda boleh menulis dengan beberapa konten atau artikel yang berkenaan dengan niche blog yang telah dipilih.
Selain itu anda juga boleh mula pilih tema [Blog Theme] yang disukai. Tema blog ini berkait dengan paparan blog [Layout] ,warna yang anda mahukan serta pelbagai aspek lain lagi.
Antara kepentingan memilih layout atau tema blog yang sesuai termasuklah;
Cara Mudahkan Pelawat Mencari Konten Blog
Paparan yang kemas dan cantik meningkatkan pengalaman pengguna [user experience] di blog anda.
Menurut Semantic Studios, pengalaman pengguna termasuklah dapat dicari [findable], berguna [useful], dapat digunakan [usable] , dipercayai [credible] serta lain-lain nilai yang dapat memberi kesan terbaik kepada pengguna dan pelawat blog anda.
Sebagai contoh, pelawat blog kebiasaannya adalah manusia [human]. Kebanyakan dari kita suka kepada kesenangan dan juga benda yang indah serta pemandangan yang menenteramkan mata yang melihat.
Maka sama juga pengalaman menggunakan blog anda. Pengunjung khususnya pasti mahukan ianya senang diakses. Info juga dapat dicari dengan mudah.

Jadi sebagai webmaster ataupun pemilik blog, kita sebaiknya cuba mudahkan pelawat dengan letak info atau link yang bersesuaian di muka depan blog/website.
Caranya senang sahaja.
Bayangkan kita yang sedang mencari maklumat di sesuatu website.
- Macam mana cara nak cari maklumat?
- butang apa yang perlu kita tekan?
- Ke mana kita nak halakan pengunjung ke info yang sepatutnya beliau dapat di blog kita.
- Warna dan jenis font yang digunakan untuk blog.
Contoh kalau saiz font yang anda gunakan terlalu kecil pastinya menyusahkan pelawat untuk membaca konten. Anda juga boleh buka beberapa blog lain yang mempunyai niche yang lebih kurang sama dengan blog anda.
Anda lihat pada paparan blog berkenaan dan cuba tambah baik info berkenaan pada blog anda. Tetapi harus janganlah tiru bulat-bulat segala info dan juga paparan blog pesaing atau sama niche.
Kesimpulan Cara Buat Blog Sendiri Secara Percuma – Terkini
Cara paling mudah buat blog secara percuma adalah dengan menggunakan Google Blogspot. Selain itu antara platform lain yang percuma adalah WordPress.com.
Mengenai cara nak cantikkan blog anda yang sudah didaftarkan dengan Blogspot akan dikupaskan dalam artikel akan datang.
Cuma untuk permulaan ini, anda perlu fokus untuk sediakan dan terbitkan artikel ataupun konten berkenaan niche sekurang-kurang 10 artikel dahulu.