9 Tips Cara Pilih Laptop Untuk Pelajar. Buat Pilihan Terbaik!

Terdapat banyak pilihan laptop atau komputer riba boleh dibeli. Namun apakah ianya sesuai terutamanya student atau yang sudah bekerja? Artikel ini akan bincangkan tentang tips beli dan cara memilih laptop untuk pelajar.

Lambakan laptop dipasaran yang didatangkan pelbagai jenis spesifikasi pasti sedikit sebanyak akan mengelirukan anda.

Lagi-lagi kalau ianya melibatkan bajet yang agak tinggi untuk seorang student. Laptop yang bakal dibeli seharusnya dapat membantu urusan dan lancarkan pembelajaran.

cara pilih laptop baru terbaik untuk pelajar

Antara Tips & Cara Memilih Laptop Untuk Pelajar

1- Kegunaan Laptop

Laptop boleh membantu pelajar dalam pembelajaran sama ada di sekolah, kolej mahupun di universiti. Selain itu laptop juga boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian (online).

Bergantung kepada jenis kelas yang anda ikuti contohnya jika anda seorang pelajar aliran teknikal kemungkinan perlukan laptop dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Namun jika digunakan untuk tugasan tanpa perlu perisian berat, maka spesifikasi biasa sudah memadai.

2- Sistem Operasi (Operating System, OS)

Terdapat pelbagai jenis sistem operasi (OS) digunakan untuk laptop beroperasi dengan baik. Sebagai contoh yang paling biasa kita dengar ialah MS-Windows.

Selain Windows, terdapat juga sistem operasi lain seperti Chrome OS (Google), Mac OS (untuk produk dari Apple) juga Linux serta lain-lain lagi.

Pilihan yang biasa digunakan tentunya Windows. Yang terkini ialah Windows 11. Namun anda masih boleh memilih antara Windows 8 ke 11. Cuma untuk tahun 2023, Windows 8 tidak akan terima sebarang penambahbaikkan (update).

Kenapa Pilih Windows OS?

Kebanyakan perisian sesuai dengan Windows dan lebih mesra pengguna. Sangat sesuai untuk pemula.

3- Pemproses Laptop (Laptop Processor)

Terdapat dua jenis pemproses laptop yang popular ketika ini iaitu Intel dan AMD. Untuk Intel pemproses utamanta ialah Core, manakala AMD pula ialah Ryzen.

Jika anda memilih pemproses Intel maka disarankan untuk pilih Core i5 dan Ryzen 5 untuk AMD. Secara dasarnya processor AMD dan Intel kedua-duanya mempunyai tahap prestasi yang baik.

4- Saiz RAM (Memori)

RAM adalah singkatan dari Random Access Memory. Untuk kegunaan ringan 4GB RAM agak memadai. Melainkan jika anda ingin gunakan laptop untuk tugasan yang lebih berat seperti rekabentuk grafik (CAD).

Ataupun anda perlukan laptop selain belajar juga untuk bermain permainan di komputer (computer games). Maka anda mungkin perlu pertimbangkan untuk saiz RAM lebih besar dari 8GB sehingga 16GB.

Setakat ini 8GB adalah syarat terendah untuk anda beli jika mahukan sebuah gaming laptop. Itupun mungkin belum tentu cukup kalau anda guna untuk game yang ‘berat’ lagi-lagi kalau nak streaming video sekali.

5- Unit Pemprosesan Grafik (Graphic Processing Unit, GPU)

Selain dari melakukan tugasan harian, anda mungkin terlibat dengan kerja sampingan (part time) seperti graphic/video editor ataupun pereka bentuk web. Selain dari saiz RAM yang agak besar anda perlu juga ambil kira mengenai unit pemprosesan grafik laptop (GPU).

GPU diperlukan untuk jana paparan grafik dan video pada laptop. Selain itu juga untuk mengatur data seperti gambar dan juga video dengan lebih lancar.

Ianya juga penting untuk student yang berada dalam jurusan teknikal seperti kejuruteraan dan reka grafik contohnya.

Kebanyakan laptop generasi baru ketika ini sudah tersedia (built-in) dengan unit GPU integrasi (Intergrated GPU).

6. Saiz Storan (Storage Size)

Pilihan storan laptop terdapat dalam bentuk Solid-State Drive (SSD) dan Hard-State Drive (HDD). Untuk jangka masa panjang tentunya pilihan laptop menggunakan SSD lebih baik.

Cuma untuk harga SSD adalah lebih mahal daripada HDD. Saiz storan yang disarankan adalah dari minimum 120GB dan ke atas.

Jika anda suka menyimpan data seperti gambar dan video di laptop anda perlukan saiz yang lebih besar.

7- Saiz Skrin dan Berat Laptop

Kalau nak beli untuk kegunaan lama seeloknya cari yang ringan. Senang nak bawa ke sana sini. Saya sendiri pernah beli laptop jenama Dell dengan skrin bersaiz 15.4 inci (ukuran melintang).

Skrin besar sebenarnya sesuai untuk menonton filem dan lihat dokumen dalam keadaan bersebelahan (split view). Cuma mungkin anda perlu pertimbangan semakin besar skrin laptop juga semakin berat.

Berat nak bawa ke kelas. Beg pula penuh dengan buku tambah pula dengan laptop lagi. Akhirnya laptop tadi jarang dibawa sekali ke kelas. Saya cuma gunakan di bilik asrama sahaja untuk siapkan tugasan.

8- Tempoh Jaminan (Warranty)

Tempoh jaminan dari setiap jenama laptop berbeza-beza. Ada yang setahun, dua hingga ke tiga tahun. Ada juga jenama yang menawarkan untuk menambah tempoh jaminan dengan bayaran tambahan (extended warranty).

Dari pengalaman sendiri, laptop pernah bermasalah dengan bateri yang tidak boleh dicas. Hampir dua kali juga laptop terpaksa dihantar semula ke HQ untuk dibetulkan dan percuma.

Bayangkan jika tiada jaminan tersebut, pasti banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk kos baikpulih.

Baca lagi: Apakah Perbezaan Antara Smart dan Android TV?

9- Pertimbangkan Juga Kapasiti Bateri

Selain dari tips di atas antara yang selalu tidak dititikberatkan ialah kapasiti bateri. Pilih laptop yang boleh digunakan tanpa cas dalam masa yang lama.

Antara ciri-ciri laptop lain termasuklah;

  • Keyboard yang bagus dan tidak bising
  • Resolusi skrin laptop yang tinggi

Selain dari tips cara pilih laptop untuk pelajar mahupun untuk kegunaan lain, pastikan juga anda tidak tersasar jauh dari bajet yang telah anda tetapkan.

Pastikan juga apakah fungsi dan kegunaan laptop tersebut supaya pembaziran dapat dielakkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.