8 Cara Menulis Artikel Mesra SEO Dengan Mudah

Terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai untuk menulis artikel mesra SEO. SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization dan merupakan salah satu tool untuk menaikkan ranking blog atau website di halaman pertama enjin carian.

Selain daripada mendapat ranking yang baik di enjin carian, SEO penting untuk menjana trafik ke blog. Antara kegunaan SEO adalah untuk menarik audiens tertentu (target audiences) untuk klik URL blog anda.

Kenapa Perlu Artikel Mesra SEO?

Antara sebab ramai yang amalkan teknik penulisan mesra SEO ini ialah untuk mendapat blog rank terbaik tanpa perlu membayar sesen pun duit pengiklanan.

Trafik akan diperolehi dengan natural dan meningkat secara organik. Maksudnya apabila pengguna cari keyword tertentu di Google, maka halaman blog anda yang akan keluar di muka depan sekali Search Engine Results Page (SERP).

Kenapa Blog Kena Ada di Halaman Depan Google?

1- Tingkatkan Trafik Blog

Trafik pengunjung ke blog dapat ditingkatkan sekiranya ianya berada di muka pertama [First Page] Google. Kebanyakan dari pengguna termasuklah kita sendiri pun jarang nak klik halaman-halaman yang seterusnya apabila carian dibuat.

Selalunya kita akan klik URL yang ada di first page sahaja dulu. Kemudian mungkin halaman kedua ataupun paling banyak ke halaman ke tiga. Jarang nak klik sampai ke halaman 10 kebiasaannya.

Betul kan?

2- Tingkatkan Kepercayaan Pembaca

Berada di halaman pertama dapat meningkatkan kebolehpercayaan pengunjung untuk datang ke blog kita.

Oleh kerana Google sangat strict dalam bab konten yang berkualiti, maka kebanyakan dari blog yang berada di tingkat teratas ini adalah kerana kualiti artikel mereka yang memenuhi syarat-syarat SEO Google.

3- Tingkatkan Jualan

Selain itu kalau anda memang buat blog untuk jana pendapatan semestinya perlukan pembaca blog.

Nak jual barang tetapi tiada yang datang blog.

Tiada pengunjung, maka tiada trafik maka transaksi jualan tidak akan berjaya dilakukan.

cara menulis artikel mesra SEO

8 Cara Menulis Artikel Mesra SEO mudah ialah;

Antara langkah mudah tulis artikel mesra SEO untuk beginner seperti kami ini juga adalah;

1- Masukkan kata kunci dalam URL

Contoh kata kunci : Manfaat Bercuti.

Anda boleh masukkan dalam URL seperti www.blogsaya.com/5-manfaat-bercuti-bersama-keluarga

*Elakkan dari mengunakaan URL seperti ini: www.blogsaya.com/page123456

Menurut Backlinko, URL artikel anda sepatutnya ada kata kunci berkenaan dengan topik yang ada ingin sampaikan. Ini dapat membantu enjin carian ataupun Google terutamanya dapat klu ataupun hint berkenaan dengan apakah isi artikel anda.

2- Struktur Artikel Mesra SEO

Okay, sekarang kita dah masuk dalam seni membina struktur artikel blog. Bukan sahaja nak bina dan tulis artikel mesra SEO. Antara perkara yang perlu dimasukkan ialah;

1- Bilangan Patah Perkataan

Sebolehnya cuba terbitkan artikel yang berkualiti dengan minimum 600 patah perkataan atau karakter. Secara umumnya semakin panjang artikel atau konten anda semakin banyak info dalamnya.

Jadi logiknya akan lebih disukai oleh enjin carian kerana info yang banyak serta tepat dapat menyelesaikan masalah pembaca blog anda.

2- Jangan Copy Paste Artikel Lain

Mungkin anda ingin katakan, semuanya tulis mengenai topik yang sama. Jadi mana mungkin tidak ada yang copy paste ! Copy paste atau jangan lah meniru senang cerita.

Ya benar, topik mungkin sama dengan pelbagai blog lain. Tetapi nilai yang pembaca dapat adalah berlainan. Semua orang tidak sama gaya penulisannya. Jadi fakta yang ada tu kita huraikan lah mengikut ayat kita sendiri.

Dah tulis cantik-cantik tetapi takut kalau ter-copy artikel orang lain?

Okay untuk ini anda boleh cuba beberapa jenis plagiarisme checker seperti Small SEO Tools ini.

Cara nak guna pun senang cuma masukkan artikel anda dan semak jika ada ayat yang terplagiat. Kalau ada tu boleh lah ditukar kepada struktur ayat yang lebih sesuai.

Boleh ya?

3- Artikel Ada Tag Heading H1, H2, H3 dan Seterusnya

Tag Heading H1, H2 ini bermaksud hierarki topik dan sub-sub topik dalam artikel anda. Antara cara nak masukkan setiap tag Heading ini ialah dimulakan dengan Heading H1 iaitu tajuk yang merangkumi semua topik dalam artikel.

Kalau di Wordpres dan Blogspot tajuk artikel adalah H1. Untuk sub-sub tajuk seperti H2, H3 dan seterusnya boleh ditukar dalam ruang mengedit artikel.

4- Kata Kunci Ada di Heading dan Subheading (H2, H3, H4…)

Untuk sub-sub topik ini anda boleh masukkan kata kunci didalamnya dah buat huraian dengan lebih lanjut. Selain itu anda juga boleh gunakan isi kandungan [Table of Content] yang merujuk kepada senarai topik dan juga sub topik artikel.

Saya ada terangkan di cara untuk buat senarai isi kandungan untuk pengguna WordPress. Manakala untuk pengguna Blogspot anda perlu masukkan kod tertentu untuk buat senarai tersebut.

Contoh :

Kata kuncinya ialah Manfaat Bercuti

Contoh Heading [H1] : 5 Manfaat Bercuti Bersama Keluarga.

Contoh SubHeading [H2] : Antara Manfaat Bercuti Yang Terbukti Baik untuk Kesihatan Mental.

Untuk sub-subheading ini anda perlu tambah dengan kata penguat kepada huraian topik. Tak semua subheading perlu ada kata kunci target. Cuma topiknya mestilah berkaitan antara satu sama lain.

Kita sebenarnya tidak perlu untuk rigid sangat dalam posisi kata kunci ini dalam subheading. Cuma kalau ada itu lebih baik.

Untuk pengguna WordPress anda boleh gunakan pelbagai SEO plugin seperti Yoast. Lebih murah nak track keyword apabila menulis di WordPress.

5- Terdapat Kata Kunci (Target Keyword) di Perenggan Pertama

Cuba masukkan kata kunci dalam perenggan yang pertama artikel anda. Ini dapat membantu Googlebot mendapatkan info artikel.

6- Penggunaan Gambar dengan ALT TEXT

Sekurang-kurangnya satu gambar digunakan dalam artikel anda. Dan setiap gambar tersebut perlu di tambah dengan Alt text (alternative text). Fungsi ini ada terdapat pada WordPress dan juga Blogspot.

Ini adalah suatu penerangan yang kita tambah untuk menjelaskan gambar yang kita gunakan dalam artikel.

7- Optimumkan Meta Description

Meta description ini adalah penerangan ringkas tentang artikel atau konten anda. Masukkan juga kata kunci dalam penerangan tersebut. Untuk ini kalau sebaiknya jangan terus copy paste info yang ditulis dalam artikel.

Anda buat semula penerangan ringkas ini di bahagian meta description tersebut.

Kekalkan Artikel Berkualiti Mesra SEO

Untuk para digital marketer mahupun blogger yang sedang berusaha untuk tahu cara menulis artikel mesra SEO, anda boleh cuba gunakan panduan di atas. Semoga ianya dapat beri manfaat seterusnya tingkatkan rank page anda di enjin carian.

Ada soalan? Jom komen dan kita bincangkan sama-sama.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.