Antara 5 Senarai Kerja Part Time Di Rumah Online

Dalam masa ekonomi yang sedang merudum mungkin ada dikalangan kita yang telah terkesan secara kewangan. Namun ada beberapa senarai kerja part time di rumah sahaja yang boleh anda cuba untuk menambah pendapatan sampingan.

Memang tidak dinafikan, mungkin ramai dikalangan kita yang terpaksa menerima hakikat gaji dipotong atau dikurangkan masa bekerja dan sebagainya.

Beberapa jenis bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada yang layak mungkin boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung. Namun, apa pun kita juga masih boleh berusaha untuk mencari jalan keluar dari kemelut dan desakan ekonomi sekarang.

senarai kerja part time di rumah

Senarai Kerja Part Time Di Rumah Secara Online

Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang membolehkan kita menyelesaikan kerja hanya dari rumah sahaja. Ada yang boleh dilakukan secara online dan anda perlukan talian internet yang stabil untuk memulakan kerja.

Contoh Jenis Pekerjaan Online Boleh Dimohon Termasuklah

1- Kerja Online dari Rumah sebagai Penulis Konten (Content Writer) 

Untuk penulis konten (Content Writer) ni kalau ada bakat atau skill menulis yang baik, anda boleh la canangkan dekat media sosial yang anda ada tawarkan servis ni. Selain dari menunggu klien hubungi kita, antara yang boleh kita lakukan ialah buka akaun di LinkedIn dan senaraikan servis yang anda boleh tawarkan.

Tanggungjawab Penulis Konten merangkumi menulis artikel dan juga melakukan kajian menyeluruh mengenai topik yang berkaitan yang dimahukan oleh klien. Selain itu juga penulis perlu menjana idea untuk jenis kandungan yang sesuai dengan niche (bidang) klien.

2- Pembantu Pengurusan Secara Maya (Virtual Admin Assistant)

Berkenaan kerja Pembantu Pengurusan secara maya pula contohnya ialah Pengurus Media Sosial samada di Instagram ataupun Facebook. Jika anda memang sangat mahir dengan kerja pengurusan di sebalik tabir anda boleh apply kerja ini.

Tapi biasanya klien mahukan komitmen yang tinggi kerana anda perlu jaga live engagement antara pengguna dan juga halaman yang dijaga.

Antara kemahiran yang diminta juga ialah mahir menguruskan media sosial dan boleh buat reka grafik minimum untuk posting di media sosial klien. Selain itu anda juga boleh membina sedikit sebanyak ayat copywriting dan juga penulisan secara santai untuk menarik pelanggan.

3- Pembantu Jualan Secara Maya (Virtual Sales Assistant)

Contoh kerja Virtual Sales Assistant atau Pembantu Jualan ini biasanya ketika sesuatu brand ataupun pemilik bisnes ingin lakukan jualan atas talian (online) secara besar-besaran, maka pembantu diperlukan untuk menguruskan tempahan dari pelanggan.

Biasanya ada masa tertentu untuk jaga jualan dan uruskan tempahan.

4- Penguji Produk (Product Reviewer)

Ini menarik juga kan? Selain dapat produk percubaan yang percuma anda juga akan terima upah kerana mencuba dan melakukan review di halaman produk tersebut. Untuk ini biasanya perlu ada akaun media sosial dengan jumlah followers yang tertentu. Macam mana nak apply? 

Jika anda ada jumlah pengikut media sosial yang cukup ramai anda boleh cari group influencer di Facebook ataupun ikut akaun seperti Partipost_my ataupun Fave di Instagram.

5- Kerja Online Dari Rumah Sebagai Ejen Affiliate

Selain daripada kerja-kerja di atas ini, anda juga boleh jadi ejen affiliate dengan promosikan produk klien di blog, Facebook ataupun Instagram.

Jika ada yang membeli melalui link yang dipromosikan, komisen terkumpul akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Antara produk-produk affiliate ini termasuklah eBook, servis seperti bina laman web, e-commerce dan pelbagai lagi.

Cara Mohon Kerja Part Time di Rumah Secara Online

Antara di atas ini, antara yang pernah saya cuba ialah penulis konten untuk blog klien , jaga IG klien dan juga jadi Virtual Sales Assistant. Selain itu disebabkan ada blog maka saya gunakan untuk promosikan link-link affiliate yang saya daftar.

Tetapi macam saya biasanya cari kerja-kerja freelance ni Facebook dan juga LinkedIn. Dan antara medium lain yang boleh anda cuba ialah di Twitter dan juga website khas untuk freelancer seperti Upwork dan juga Fiverr.

Antara selain senarai di atas ni sebenarnya banyak lagi kerja-kerja lain yang boleh dicuba seperti Pereka Grafik jika anda mahir menggunakan Adobe Illustrator atau Photoshop.

Terdapat juga kerja secara online sebagai website builder (atau programmer) yang sangat diperlukan ketika ini. Semoga maklumat ini dapat bantu mana-mana insan yang terkesan sekarang. Selain itu jika anda lepasan SPM mungkin anda berminat untuk mohon kerja sambilan.

Gunakan Sumber Yang Ada

Yang penting gunakan kemahiran yang kita ada dengan sumber yang ada sahaja untuk bermula. Semoga kita semua dapat hidup normal seperti sebelum pandemik semula dengan izin-Nya Insha’Allah.

Selamat berjaya semua.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.