5 Perbezaan Smart TV Dan Android TV. Mana Yang Patut Dibeli?

Setiap rumah hampir semua ada barang elektronik termasuk TV. Zaman sekarang ramai juga yang dah beralih ke Smart TV. Lebih canggih katanya. Tetapi ada juga yang memilih untuk beli Android TV. Tetapi tahu tak apa perbezaan Smart TV dan Android TV?

Jadi sebelum ke mana-mana kedai elektronik tu elok juga kalau kita cari info tentang jenis-jenis TV. Sebelum kita semak apa beza smart TV dengan Android TV, jom baca persamaan kedua-dua jenis TV ini.

Fungsi Sama Yang Ada Pada Smart TV dan Android TV

Kedua-dua jenis TV ini mempunyai kelebihan boleh disambung dengan internet. Selain itu ianya juga boleh memuat turun aplikasi yang kita hendak guna.

5 Perbezaan Smart TV Dan Android TV

1- Sistem Operasi (OS)

Android TV menggunakan sistem operasi dari Android OS. Manakala Smart TV menggunakan sistem operasi pembuatnya. Android TV juga mempunyai Google Play Store iaitu pengguna boleh download aplikasi dari situ.

Smart TV pula kebanyakan sudah sedia ada aplikasi seperti Netflix, YouTube dan juga Google Chrome. Manakala Android TV memberi peluang kepada penggunanya untuk memilih apakah aplikasi yang mahu dimuat turun.

2- Antara Muka (Interface)

Berbanding Smart TV antara muka (interface) Android TV agak mengelirukan untuk pengguna baru. Kalau beli Smart TV kebiasaannya sudah boleh digunakan tanpa perlu risau nak muat turun aplikasi yang diperlukan.

Oleh kerana Android TV menggunakan sistem operasi terbuka dari Google, maka ada sesetengahnya dilengkapi dengan Google Assistant. Jadi kalau anda nak beli arahan pada TV boleh terus guna suara sahaja tanpa remote.

Namun Android TV mempunyai kekurangan iaitu ambil masa lebih lama untuk sedia di guna berbanding Smart TV.

3- Sokongan Aplikasi (Firmware Update)

Jika Android TV akan menerima update daripada Google, Smart TV pula perlu menunggu update daripada pengeluar. Maka, kadangkala ada beberapa aplikasi yang masih belum tersedia di Smart TV berbanding Android TV.

Namun semuanya tergantung juga kepada berapa lama kontrak pengeluar dengan pihak Google untuk sokongan aplikasi (update) Android TV ini.

4- Pilihan TV dan Harga

Pengeluar lebih banyak menjual Smart TV berbanding Android TV. Oleh yang demikian pilihan untuk Android TV lebih kurang dari pilihan Smart TV. Kebiasaannya harga untuk Android TV lebih murah berbanding Smart TV.

perbezaan Smart TV dan Android TV
Credit image : Pexels

Buat Pilihan dan Beli TV Yang Terbaik

Secara asasnya kedua-dua jenis Smart TV dan juga Android ini mempunyai asas penggunaan yang sama. Cuma kalau nak senang selalunya Smart TV menjadi pilihan disebabkan ianya lebih tersedia dari segi antara muka dan juga aplikasi.

Contoh kalau tak mahir nak setting Android TV dan mahu terus boleh digunakan, beli sahaja Smart TV. Pengalaman sendiri dengan Smart TV ni mudah sangat nak digunakan. Orang kata just plug and play. Tapi masalahnya ialah ada aplikasi yang terkini masih belum dikemaskini oleh pengeluar.

Tanya Juga Jenis Aplikasi Yang Sedia Ada dalam Smart TV

Sebagai contoh aplikasi Disney+ Hotstar yang masih belum tersedia dengan Smart TV yang saya guna. Kena tunggu update daripada pengeluar yang nampaknya mungkin tak kunjung tiba.

Jadi kalau nak guna terpaksa tengok dari browser seperti internet explorer.

Nasib baik juga ada internet explorer kalau tidak kena tonton dari komputer ataupun smartphone juga nampaknya. Mungkin silap saya juga tidak bertanya dulu ketika beli Smart TV tersebut.

Anda mungkin berminat : Cara Paling Senang Buat Link WhatsApp

Anda akan gunakan TV yang dibeli kalau boleh selama bertahun-tahun. Jadi seeloknya pastikan ianya bersedia untuk teknologi masa kini dan juga yang akan datang.