Berikut merupakan antara laptop terbaik bawah RM2000 yang boleh anda pertimbangkan. Laptop sudah menjadi keperluan penting terutamanya student.
Ianya penting untuk bantu lancarkan tugasan harian dan juga pembelajaran secara atas talian. Selain itu laptop di bawah juga sangat sesuai untuk anda yang sudah bekerja.
Oleh itu kualiti laptop yang baik dengan harga mampu untuk dimiliki juga pastinya menjadi pilihan utama.
5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Student
1- Asus Laptop 14″ (R3-3250U)

- OS: Windows 11 Home
- Processor (CPU): AMD Ryzen™ 3 3250U Mobile Processor
- Saiz skrin: 14.0-inch FHD (1920 x 1080)
- Unit Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- RAM: 4GB DDR4 on board (Tambahan 1 slot)
- Saiz Storan: 256GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
Sesuai untuk kerja-kerja dan permainan yang ringan. Laptop Asus ini juga mempunyai satu slot tambahan untuk anda tambah kapasiti RAM.
Dengan storan sebanyak 256GB (SSD) pastinya akan lebih melancarkan penggunaan. Selain itu ianya juga telah siap sedia dilengkapi dengan Office Home and Student 2021.
Selain itu anda juga boleh rujuk panduan sebelum beli laptop supaya sesuai dengan keperluan.
2- HP Laptop 15″ (15S-EQ1558AU)

- OS: Windows 11 Home
- Processor (CPU): AMD Athlon™ Silver 3050U)
- Saiz Skrin: 15.6″ melintang (diagonal) HD SVA
- Unit Grafik: AMD Radeon™ Graphics
- RAM: 4GB DDR4 2400 RAM (Slot tambahan RAM sehingga 16GB)
- Saiz Storan: 256GB NVME SSD (Tiada slot tambahan SSD)
Laptop ini mempunyai slot tambahan RAM sehingga 16GB. Ianya juga telah dilengkapi dengan Microsoft Office Home and Student 2021 sesuai untuk membantu kerja anda. Ini antara laptop terbaik bawah RM2000 boleh anda miliki.
3- Acer Aspire 3 Laptop (A314-35-P9D3)

- OS: Windows 10 Home
- Processor (CPU): Intel®️ Pentium®️Silver N6000
- Saiz Skrin: 14.0″ Full HD 1920 x 1080
- Unit Grafik: Intel®️ UHD Graphics
- RAM: 4GB Onboard DDR4 RAM
- Saiz Storan: 256GB PCIe NVMe SSD
4- Lenovo IdeaPad 3

- OS: Windows 11 Home
- Processor (CPU): Intel Core i3-1115G4
- Saiz Skrin: 15.6″ Full HD 1920 x 1080
- Unit Grafik: Integrated Intel UHD Graphics
- RAM: 4GB Onboard DDR4 RAM
- Saiz Storan: 256GB SSD PCIe NVMe SSD
Laptop ini juga didatangkan dengan Microsoft Office Home and Student 2021 berserta. McAfee LiveSafe untuk 1 tahun. Untuk kerja-kerja dan permainan ringan ianya sangat sesuai untuk anda.
5- Dell Inspiron 15 3000

OS: Windows 10 Home
Processor (CPU): Intel Celeron Processor N4020
Saiz Skrin: 15.6″ HD
Unit Grafik: Integrated Intel Graphics
RAM: 4GB DDR4 RAM
Saiz Storan: 256GB NVME SSD
Pertimbangkan Juga Laptop Secondhand
Cadangan dan senarai laptop di atas adalah sebagai panduan sahaja. Bergantung kepada keperluan kerja dan belajar anda, jika perlukan laptop yang lebih berkuasa dengan bajet yang rendah.
Anda mungkin boleh beli laptop secondhand ataupun refurbished. Spesifikasinya pula disarankan ialah sama ada Intel i5 ataupun Ryzen 5 dengan minimum 8GB RAM serta storan 256GB SSD
Soalan-Soalan Umum Berkaitan Laptop
Adakah Intel Pentium sesuai untuk gaming?
Intel Pentium tidak disarankan untuk gaming. Sekurang-kurangnya anda perlukan Intel Core i3 atau processor yang lebih tinggi untuk permainan yang lancar.
Apakah itu Chrome OS?
Chrome OS merupakan sistem operasi dari Google. Boleh beroperasi secara optimum dengan sambungan internet. Aplikasi yang boleh dimuat turun terhad kepada aplikasi Chrome sahaja.