4 Cara Mohon Google AdSense Untuk Blog

Blog ini telah pun diterima untuk paparkan iklan dari Google AdSense awal bulan Julai. Walaupun masih dalam kategori baru namun sebenarnya saya dapati kita sudah boleh mohon Google AdSense untuk blog apabila sudah mula ada trafik.

Trafik blog bermaksud blog anda sudah mula ada pembacanya sendiri. Maksudnya apabila pembaca cari topik tertentu di enjin carian, artikel blog akan keluar dalam carian.

Ini bermaksud artikel ataupun konten yang anda siarkan di blog sudah pun tersenarai di enjin carian seperti Google. Atau pun terma yang biasa kita sebut artikel anda telah diindeks oleh Google.

Kenapa Blogger Mesti Mohon Google AdSense Untuk Blog?

Tak kisah sama ada anda mula ber-blog dengan platform berbayar seperti WordPress ataupun yang percuma seperti Blogspot, saya sarankan anda mohon Google AdSense untuk blog tersebut.

Tapi kenapa?

Kerana ianya adalah salah satu medium pengiklanan yang membolehkan anda sebagai pemilik blog jana pendapatan secara pasif.

Ya, pasif! Maksudnya, anda akan terima bayaran dari iklan yang diklik oleh pembaca yang datang ke blog. Selain daripada AdSense terdapat banyak lagi medium pengiklanan yang boleh anda mohon, namun syaratnya lebih ketat berbanding Google AdSense.

Macam mana Nak Mohon Google AdSense Untuk Blog?

Untuk Pemilik Blog [Blogspot]

Jika masih belum ada blog anda boleh baca cara-cara nak buat blog percuma dengan Blogspot. Dan jika sudah ada blog anda boleh mulakan dari;

Langkah 1: Masuk ke Panel Admin Blogspot (Dashboard)

  • Masuk ke panel admin (dashboard) blog anda
  • Kemudian klik pada bahagian Earnings di sebelah kiri
  • Kemudian klik LEARN MORE dan Sign Up For AdSense
cara mohon google adsense untuk blog
Klik pada Earnings
Klik pada LEARN MORE

Langkah 2: Masukkan Butiran Lengkap Blog

cara mohon google adsense untuk blog
Masukkan Butiran Blog
cara mohon google adsense untuk blog
Klik pada Start Using AdSense

Langkah 3: Masukkan Alamat/Domain Blog

  • Masukkan semua butir-butir yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah [Payments, Add Sites…] dan sambungkan [Connect your sites] blog anda dengan akaun AdSense untuk kelulusan sebelum boleh mula paparkan iklan.

Langkah 4: Tunggu Keputusan Permohonan Google AdSense Blog Anda

Jika anda masuk semula ke panel admin Google AdSense, ianya akan kelihatan seperti di bawah ini.

Paparan status blog yang dimohon adalah – Getting ready [blog masih dalam proses permohonan].

Anda akan terima e-mel sama ada permohonan berjaya atau tidak dalam masa sekurang-kurangkan dua minggu bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google.

Syarat Untuk AdSense Blog Diluluskan dengan Mudah dan Cepat

Untuk permohonan anda diluluskan, blog anda perlu patuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan sebelum boleh paparkan iklan.

  • Konten atau artikel blog adalah original
  • Blog/website anda sudah trafik organik iaitu melalui pelawat yang datang dari carian di Google.
  • Berusia 18 tahun ke atas (atau perlukan akaun penjaga yang sah)
  • Blog sudah lengkap dengan ciri-ciri yang memudahkan pembaca.

Soalan Lazim Berkenaan Google Adsense

1-Bagaimana cara kita boleh dapat duit dari Adsense?

Komisyen akan dibayar oleh Google kepada publisher (pemilik blog) setiap kali link iklan tersebut diklik pengunjung blog. Ianya di kira dari jumlah Paid Per Click (PPC) atau bayaran per 1000 tayang (Paid Per Impression/tayangan iklan) di blog.

2- Berapa lama masa untuk Adsense diluluskan?

Dari pengalaman saya bina blog untuk klien, ada yang pernah lulus Adsense dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau nak cepat anda kena work out sikit untuk pastikan konten anda telah diindeks Google dan ada pembaca (perlukan trafik ke blog).

Selain itu anda perlu pastikan juga blog bukan masih dalam fasa pembangunan (blog under construction).

3- Kenapa permohonan Adsense di tolak Google?

Antara sebab permohonan Adsense ditolak boleh jadi atas sebab blog telah melanggar syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, blog mungkin mengandungi konten berkait isu sensitif (seperti isu keganasan, politik dan juga hal yang menolak norma masyarakat semasa).

Selain itu blog anda juga perlu disertakan dengan kandungan mengenai Pengenai Kami (About Us), Hubungi (Contact), dan juga Dasar Privasi (Privacy Policy).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.