4 Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing.

Pernah tak dengar tentang affiliate marketing? Macam mana sebenarnya cara buat duit online dengan affiliate marketing ni. Dengar kata ramai yang dan berjaya jana pendapatan stabil dengan sistem ini.

Saya juga dulu tidak tahu tentang affiliate marketing ni. Yang biasa kita dengar ialah dropship. Lebih kurang juga caranya. Kalau anda suka buat bisnes dropship maka boleh pertimbangkan untuk join bisnes affiliate.

Sekarang ni kalau affiliate yang popular di media sosial antaranya ialah Shopee Ambassador dan juga TikTok affiliate. Kalau untuk TikTok tidak silap perlu seribu followers baru anda layak untuk mohon.

 Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate

Apa Maksud Affiliate Marketing?

Secara ringkas ialah anda promosikan produk orang lain secara online. Anda adalah ejen yang tidak perlu pegang produk langsung. Kebanyakan produk affiliate adalah produk digital.

Sebagai contoh ebook (buku elektronik). Tanpa cetakan atas kertas fizikal. Dipasarkan dalam bentuk digital copy. Kebiasaannya dalam bentuk PDF.

Terdapat juga produk lain seperti laman e-commerce sedia ada seperti Onpay. Sales funnel milik marketer dari luar negara. Mereka juga ada sediakan link affiliate dan komisyen dalam USD. Komisen pula dibayar menerusi Paypal.

Ejen biasanya diberi link khas dengan ID unik. Jika ada kawan-kawan atau pembaca blog anda klik dan beli, anda akan terima komisen.

Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate

Kebiasaannya memang tidak perlukan modal berunsurkan wang. Anda tidak perlu bayar yuran pendaftaran pun. Daftar percuma dan promosikan link unik anda tadi dalam media sosial seperti Instagram, Facebook dan juga blog anda sendiri.

Jika anda tiada blog boleh mulakan dengan buat blog percuma dahulu melalui platform seperti Blogspot ataupun WordPress.com.

Antara program affiliate yang boleh anda join adalah;

1- Program Affiliate Klikjer (Ebook)

Program yang agak popular dikalangan affiliater Malaysia. Klikjer ini menjual ebook yang merupakan panduan kepada pelbagai jenis bisnes.

Antaranya cara buat bisnes tudung, jalankan perniagaan home tuition anda sendiri dan juga cara jadi penulis yang berjaya. Yang bestnya kalau Klikjer ini ada support group di Facebook.

buat duit online dengan affiliate

Dalam group tersebut anda boleh belajar dari otai-otai yang dan berjaya buat duit dengan teknik affiliate ini. Komisyen juga agak tinggi untuk ejen yang berjaya hampir 50% dari harga jualan.

Anda boleh join sebagai ejen affiliate Klikjer dengan berjaya dengan panduan dari mereka. Untuk info kalau anda sendiri yang nak jadi penulis pun boleh. Jual ebook anda sendiri dengan pihak Klikjer.

2- Shopee Ambassador (E-commerce)

Rasanya ramai influencer sekarang join Shopee Ambassador ini. Ianya merupakan salah satu program affiliate di Shopee. Anda cuma kongsikan link-link shopee dan terima komisen jika ada yang beli. Pada saya antara yang paling senang nak guna setakat ini.

Sebagai contoh anda ada beli barang di Shopee. Kemudian anda postkan kebaikan produk tersebut di profile Facebook anda (review). Selitkan sekali link Shopee produk tersebut di dalam posting tadi.

Jika ada yang beli maka anda akan terima komisyen.

3- Affiliate NetKL (domain dan hosting)

Khas untuk anda yang pernah beli domain di NetKL. Kalau anda nak tahu setiap pelanggan ada diberikan link unik affiliate. Jika anda blog anda boleh promosikan di blog masing-masing. Sebagai contoh seperti dibawah ini.

Anda akan terima komisyen jika ada yang beli domain atau hosting menerusi link anda tadi.

4- Involve Asia

Involve Asia ni lebih kurang sama dengan Shopee. Cuma dia ada banyak platform jualan dari Lazada, Shopee, Maybank dan macam-macam lagi. Cuma kena rajin promosikan link-link affiliate tersebut baru ada hasilnya.

Saya pun masih merangkak lagi dengan Involve Asia ni. Antara sebabnya terlalu banyak promosi setiap bulan. Jadi kena rajin semak di laman Involve Asia.

Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate

Kalau nak lagi jelas anda boleh cuba baca di Ebook di bawah ni. Dalamnya disediakan semua teknik dan langkah untuk anda berjaya sebagai ejen affiliate.