Cara buat link Whatsapp tanpa save nombor untuk letak di Facebook atau Instagram sebenarnya tidak sukar. Tapi masih ada ramai yang tidak pasti cara buat link WhatsApp mudah dan cepat.
Kenapa penting link Whatsapp ni terutamanya online seller ataupun dropshipper?
- Untuk memudahkan dan senang customer nak berurusan tanpa perlu simpan nombor telefon anda terlebih dahulu.
- Kelebihan guna link whatsapp ini ialah dapat mempercepatkan urusan pelanggan yang nak beli barang dari anda.
Sebagai contoh anda merupakan peniaga online yang memang gunakan whatsapp untuk berurusan dengan customer.
Kalau dah ada link siap-siap maka pelanggan lebih mudah untuk hubungi anda tanpa perlu simpan nombor dahulu.
Jadi untuk yang perlu dan tidak pernah tahu nak buat link whatsapp boleh cuba tutorial di bawah untuk mula gunakan link dalam iklan-iklan perniagaaan anda.

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Save Nombor
1- LANGKAH PERTAMA
Anda hanya perlu copy paste sahaja link dibawah ini
https://wasap.my/60sambung nombor telefon anda (60 adalah kod untuk nombor di Malaysia)
Contoh:
https://wasap.my/6012201102 [Tanpa sengkang atau jarak]
2- LANGKAH KEDUA
Untuk penggunaan whatsapp secara universal pula anda boleh gunakan cara seperti dibawah iaitu ;
https://wa.me/60sambung nombor anda
(macam biasa jika anda pengguna dari Malaysia gunakan kod 60 didepan)
3- LANGKAH KETIGA [ TAMBAH MESEJ DI BELAKANG NOMBOR ]
Kalau anda nak guna untuk kegunaan khas contohnya untuk pelanggan order barang, maka anda boleh letakkan mesej di belakang nombor whatsapp tersebut.
Contohnya jika anda guna LANGKAH PERTAMA
https://wasap.my/6012201102/mesej_anda
Atau jika anda gunakan link LANGKAH KEDUA, anda perlu tambah seperti ini;
https://wa.me/601220101/?text=mesej%20anda%20disini
Nota :
Tambahkan kod ?text= selepas garis miring (tanda slash)
Tambahkan kod berwarna merah %20 antara perkataan mesej tanpa jarak atau sengkang
Pendekkan Link Whatsapp Anda
Mudah kan nak buat link whatsapp selepas ni. Jika link whatsapp dan juga mesej anda terlalu panjang boleh pendekkan di https://bitly.com/.
Baca Lagi : Perbezaan Antara Smart TV dan Android TV? Mana yang patut anda beli.
Selain itu jika anda ada website atau blog sendiri dah nak gunakan cara yang lebih praktikal untuk reply customer yang banyak tu lagi lagi waktu malam kita pun nak ada ‘me time’ and spend masa bersama family.